|
4/18/14 | 7:50 AM | 0 comments
Mulakan hari anda dengan senyuman
Assalamualaikum,Holla,Hai,Hoi dekat orang yang baca entri ini.Lama betul tak masuk rumah ni,kunci letak entah kat mana-mana tu yg lama tak masuk.Bila masuk,bersawang betul rumah ni
SPMMMMMMM!!!!! Okay,then . Whattt ? SPM ? >,< Cepatnya masa berlalu . Rasa mcm semalam baru je ambil result PMR kat sekolah pastu dah SPM. What ?? Andai bisa ku undur masa...Semua orang akan merasai SPM melainkan SPM akan dihapuskan.Ahahahaha tapi dengar cerita memang pun tp tak pasti . Em,whateva yang penting sekarang ni saya yang akan menduduki SPM dan ini adalah peluang terakhir untuk membuktikan kepada keluarga saya yang saya pun boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM.Wohhh,macam karangan tu.Kau mampu ?
Tahun ni memang tahun memenatkan untuk form 5 dgn tusyennya,dengan kelas tabahan dgn aktiviti-aktiviti lainnya.Yelah
Berenang-renang ke hulu Cikgu pun cakap "nak menangis kegembiraan ke nak menangis kecewa masa ambil result nanti" pandai pandai fikirlah kan.Sapa yang tak nak straight A's , sapa yang tak nak tunjuk result yang gempak kat family,sapa yang tak nak bagi result yang best kat sekolah sendiri ?Semua orang nak kan tapi bergantng pada diri sendirilah .Kalau kita betul-betul bersusah sebelum masuk dewan peperiksaan,Insyaallah kita akan tersenyum sampai ke telinga bila ambil result nanti. Bila dah Ting.5 kita ada kemahuan sendiri untuk ke arah yang positive.Mesti kita kadang kadang nak ajak kawan buat study group,buat kerja sekolah yang cikgu bagi . Yeke ? fikir sendirilah kan.Bila masuk kedai Popular taknak ambil novel ambil buku latihan je . Eceh,haha Bagi Ikah,SPM ni tersangatlah penting sebab ini lah future kita.Yes,tak semestinya SPM yang result baik tu dpt apa yang mereka nak.Ramai penganggur kat luar sana tu bila keluar universiti tapi kehendak kita jugaklah.Kadang-kadang kita terlalu meilih pekerjaan atau course apa yang kita ambil dekat u tu tak byk peluang pekerjaan.Tapi saya rasa tu bukan alasanlah tak nak belajar betul-betul masa sekolah kan.Bila kita ada reult baik peluang kita lebih cerah right? Ini bergantung juga pada rezeki kita,kita hanya tawakal sebab semuanya terletak di atas sana.Jika Allah tak izinkan apa yang kita inginkan mungkin ada hikmahnya.Mungkin kita tak dpt reslult yg cemerlang masa SPM tapi masa kat U nanti kita dah berubah kan. People can change ok Bila tengok senior senior sebelum yang dapat straight A's ,8A,7A,6A.Memang speechless gila and kita pun nak jugak result mcm tu.Kita nak jugak nama kita terpapar kat majalah sekolah "Pelajar Terbaik SPM ". Gila tak nak ?
Handsome side of Lee Kwang Soo
Sepatutnya dah masuk bulan 4 mesti pro dah bab form 4.Saya? Memang taklah .... Asyik dengan Running Man.Ni semua salah Running Man.Semua salah Kwang Soo oppa,Jong Kook oppa,Jihyo unnie,Haha oppa,Gary oppa,Jae Suk oppa,Suk Jin oppa xD Tengok tu , salahkan orang lain bukannya nak salahkan diri sendiri.Haish,pengaruh kawan kpop lah ni tapi saya tak masuk lagi dalam kpoppers tu just K-Drama je hehe
Family of Running Man :D
Okay,dah penat taip dah ni.Penatlah sangat sebenarnya dah takde idea nak tulis apa.Bye,Assalamualaikum
|